6:25 AM

hipokrasi

salam a'layk..

satu petang yg hening..

(aku)"man,cuba kau cerita kat aku sikit apa yang kau faham tentang 'hipokrasi'?"
(man)"maksudnya ialah menyapa 'hi' kepada 'PORK' (khinzir) yang sudah dikasi..'HI-POK-RASI'..enteng aja dong.."

bile lepak dgn member-member
(aku)soalan yang sama
(mun)"Hipokrasi? perkataan saintifik bagi 'HIPPO' yang sudah mati 'KERAS'..HIPPOKERASI. Next question please.."

lawak sungguh diorg ni..tibe2 aku terign nk tahu ape dimaksudkn dgn 'hipokrasi'.sebenarnye mmg susah nak bincang-bincang isu serius dgn kengkawan ni..tp tak boleh salahkan diorg coz diorg mmg jujur dgn kekelakaran diorg..

kita selalu melihat ada yang berhipokrasi untuk menjaga stail dan imej. walaupun hakikatnya imejnya tak la sebest mana..

ada yang berhipokrasi untuk menjaga hati yang tersayang. walaupun hakikatnya yang tersayang itu lebih daripada seorang..

sebelum aku pergi jauh lagi berkongsi pendapat tentang hipokrasi...jom kita fahami apa itu 'hipokrasi'. mengikut kamus-kamus,maknanya 'Manusia Yang Berpura-pura'. senang je nak cari maksudnye..tapi persoalannya..pernah tak kita jadi manusia 'HIPOKRIT'? jika jawapannya 'TIDAK PERNAH'. maka sah la anda seorang yang hipokrit...yeke? aku pon tak pasti gak...yg penting diri sendiri blh nilai diri sendiri.

ada pelbagai perkara hipokrit di dalm dunia ni. pasti scr sedar atau tak, kita pernah melakukannya..

setiap kali kita berhipokrit.. kita tak sedar..kita mungkin sedang menghancurkan harapan manusia yg menyayangi kita.

kita mungkin menghancurkan harapan manusia yg ingin melihat kita berjaya.
kita mungkin sedang menghancurkan diri sendiri..

dan yg plg berbahaya..hipokrasi yg menghancurkan masa depan kita..kekdg mmg sukar utk menilai seseorg itu melalui penampilan ataupun kata-kata yg mereka sampaikan.. krn setiap kata2 itu amat mudah memperdayakan..

jd,kita perlu lebih cekap,dr mata yg melihat atau telinga yg mendengar..sesuatu yg dpt mentafsir apa yg tersurat & tersirat. sesuatu yg diperolehi cuma dr kebijaksanaa dan pengalaman.

muhasabah diri. berdoa agar dijauhkn dr sifat ini. wallahua'lam.

2 feedbacks:

drill_red said...

dibayangi psangan yang hipokrit adalah benda yang paling menyakitkan..

:: khairi :: said...

yup..absolutely,mungkin susah sikit nk buang sifat ni kalau ade..